bila aku tiada disisimu,
usah tangisi pemergian ku ini,
aku tidak mahu melihat kau menderita,
aku tidak mahu melihat kau menangis,
sebaliknya aku mahu melihat kau gembira,
kegembiraanmu penawar buatku,
kesedihanmu racun buatku..
bila aku tiada disisimu,
aku mahu kau simpan segala kenangan kita,
jangan biar ia tercemar,
jangan biar ia musnah,
aku mahu ia terus kekal abadi,
meski kita tidak seperti dulu...
bila aku tiada disisimu,
aku tetap mahu kau tahu,
aku sungguh sayang padamu,
tidak ada apa yang boleh merubah perasaanku,
seandainya kita ditakdirkan untuk bersama,
aku harap kita akan terus bahagia,
tetapi jika kau bukan untukku,
aku rela aku pasrah,
kerana aku bukan untukmu....
This entry was posted
on Saturday, October 24, 2009
and is filed under
notavailable
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments